Total Pageviews

Wednesday 28 November 2012

5 Tatapan Memberi Pahala Membawa Ke Syurga



Bismillah....

Assalamualaikum brothers & sisters! (sumpah ketaq 1st time tulis blog, kalau ayat skema jgn gelak.. senyum xpe! :D )

lama giler aku  fikir ayat apa, tajuk apa  nk share dgn korg kt penulisan pertama gue ni kan.. tetiba pagi ni otw nk g kijo ambo dega ikim.fm slot motivasi pagi. ceramah ustaz ni (sorry i xingat nama) best sgt! byklah 'teguran' mmg kene batang hidung kemek aku kalau aku degar.. pheww... :3 ( ni simbol hidung kemek k! ) ahaha... ok2 kecoh plak psal hidung kemek.. jom baca nk share slot pagi td..


1) Menatap/Melihat Kaabah

Menjadi tetamu Allah (jemaah haji & umrah ) merupakan idaman semua muslim di dunia dop kira usia, bangsa, warna kulit.. semua nk jejak kt tanah suci kita ni.. jadi sangatlah beruntung pada mereka yang mendapat 'jemputan' Allah untuk smpai ke rumahNYA ni.. Dapat jadi tetamu dah nikmat, dapat plak lagi tenguk kaabah depan mata! Allahuuu.. semoga kita semua dapat pie la kn.. In shaa Allah.. Ameen..

2) Melihat Al-Quran

Sabda Rasulullah “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian (satu peninggalan berharga), seandainya kamu berpegang dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah nabi-Nya.”. Al-Quran adalah panduan kita, Islam tanpa panduan umpama istana yang megah, tapi dalamnya kosong, xdak raja, xda hulubalang xdak apa-apa pun.. macam kita beli mesin basuh, ada manual penggunaan kn? kalau xdak, kita dok main tekan-tekan janji jalan, janji boleh guna, agak-agak tahan lama dak mesin tu? so sama dgn Al-Quran, Islam yang kita anuti, kita tidak akan boleh mempraktik dan mngamalkan ajaran tanpa panduan yang Allah da bagi dalam Al-Quran. Bacalah Al-Quran sebab apa dalam tu semua lengkap peraturan, hukum dan adab yang kita perlu dalam kehidupan kita. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda "Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya" ( Riwayat Muslim )

3) Menatap/Melihat Para Ulama'

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.(Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah). Para ulama adalah orang yang menguasai dan mengamalkan ilmu-ilmu agama islam secara mendalam ikhlas dan mereka memiliki akhlak yang amat terpuji. Mereka mampu memahami dalil-dalil dari Al-Quran dan Al-Hadis S.A.W. dengan sempurna dan mereka ini tidak akan mengeluarkan sesuatu hukum agama mengikut hawa nafsu mereka semata-mata kerana mereka adalah golongan yang paling takut kepada kepada Allah Taala. 
Jadi peranan mereka sangat besar untuk membimbing, menasihati dan mendidik masyarakat agar berjalan di atas landasan islam yg benar. Kita seharusnya, menggunakan masa yang ada untuk mendampingi para ulama ini untuk belajar dan manfaatkan ilmu itu."Maka hendaklah kamu bertanya ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya."(Surah al-Nahl: ayat 43).

4) Menatap/Melihat Wajah Ibu Bapa

Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” bertapa besarnya kedudukan ibu bapa selepas Allah kerana tanpa mereka dan dengan izinNYA tiadalah kita di muka bumi ini.

Seiring dengan firman Allah "Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)

“Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)

Jika diteliti dalam Al-Quran terlalu banyak perintah untuk kita mentaati ibu bapa dan berlaku baik dengan mereka selagi mana tidak menyalahi syariat Islam.. Suruhan Allah untuk mentaati ibu bapa ini bukan hanya kepada ibu bapa kandung tetapi juga kepada ibu bapa mertua (bagi yang sudah berkahwin). Namun sedih, hari ini, kita melihat ramai hamba yang melahirkan tuannya.. Anak-anak sekarang memperlakukan ibu bapa seperti orang suruhan mereka, bahkan lebih teruk lebih mementingkan kepentingan peribadi daripada kepentingan ibu bapa.. wahai teman-temanku, sedarlah, bukan wang ringgit yang meraka mahu, tetapi kasih sayang, dan perhatian kita.. ibu bapa kita apabila sudah tua perilaku mereka umpama seorang bayi, yang mana ingin dibelai dan dimanja.. cuba kita fikir kembali, sewaktu kita dalam kandungan ibu kita 9 bulan ke sana ke mari, dengan alahan semasa mengandung, menanggung kesakitan saat melahirkan kita, bersengkang mata menjaga kita di tengah malam, saat kita sakit.. kalau tiada lah perasaan belas dan sayang ibu bapa kita, mereka boleh sahaja mencampak kita di mana-mana longkang, parit dan sungai. Tetapi mengenangkan anak adalah anugerah Allah, jadi mereka menjaga kita sehingga kita sekarang. Jadi dengan tindakan kita wajar ke kita memperlakukan begitu kepada ibu bapa kita? renungkan...

5) Menatap / Melihat Wajah Suami / Isteri

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir."
(Qs. Ar. Ruum (30) : 21)

Pernikahan adalah satu cara Allah memberi ketenangan jiwa kepada hambaNYA untuk melengkapi antara satu sama lain. Ia juga merupakan amanah Allah, untuk kita menghasilkan rumahtangga yang bahagia sehingga ke syurga.

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: "Dan bagi isteri-isteri kamu, hendaklah kamu memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang baik." (Hadis riwayat Muslim).

Suami juga mesti bergaul dengan isteri dengan cara yang baik. Firman Allah yang bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik." (Surah an-Nisa', ayat 19)

Pepatah melayu ada menyatakan dari mata turun ke hati..Jika sebelum kahwin kita rajin berskype, ber3g berwebcam, berjumpa. Jadi takkanlah bila sudah halal ini kita tidak boleh melakukan perkara yang sama kn.  Tenguk wajah suami / isteri pun dapat pahala taw! senang je nk dapat pahala kan? Rasulullah sendiri sebelum tidur menatap wajah isteri-isterinya dengan penuh cinta dan kasih sayang..

Buat wanita arahan suami wajib ditaati asal ia tidak bertentangan dengan syariat, selepas Allah dan Rasul berbanding dengan ibu bapa, tetapi tidaklah sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai anak.

Sabda Rasulullah SAW: "Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab."

 
Kesimpulannya, buatlah apa yang Allah redha yang Rasul suka kerana itu adalah jalan-jalan ke syurga.. Hidup kita seperti sekolah, kita belajar dan mengajar kemudian diuji sehingga akhirnya kita dinilai. Dunia dicipta untuk kita (manusia) kerana manusia diciptakan untuk akhirat (hari pembalasan). sekian salam! selamat membaca! and sorry kalau ada kesalahan fakta mana-mana, harap ditegur! tq! :')