Total Pageviews

Thursday 14 August 2014

Kerana 2:286 #Bicara Tuhan Kepadaku

Terjelepuk jatuh rebah sekujur badan di bumi Tuhan saat mendengar perkhabaran itu

Ya Allah... kenapa Ya Allah.. kenapa mesti dia? kenapa harus aku?

"Alia sudah meninggal?" nikmat menghirup kopi di petang hari direntap Ilahi saat mesej yang masuk di dada telefon bimbit itu di buka..


Innalillahi Wa Innalillahi Rajiuun.. Allahumma Ujurni Fi Musibati Wa Akhlif  Lii Khairum Minha

"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNYA kami akan kembali. Ya Allah berikanlah pahala kepadaku dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik"

Demi Allah aku memang terasa dengan kehilangannya.. setiap malam ku baca mesej-mesej nya.. ruh nya dalam bermujahadah sangat hebat..teletah rajuknya saat diriku berpura-pura tidak endah benar-benar buat aku rindu.. benarlah bait-bait sebuah lagu lama "Penantian satu seksa yang tidak tertanggung" . Tuhan pernah menarik sesorang yang amat ku cintai, belum sembuh luka menahan rindu  itu.. kini Dia menarik seorang lagi pergi takkan kembali.. Allah Ar-Rahmah Ar-Rahim,  pergilah kesayanganku, ku lafazkan kata rindu dalam setiap sujud dan doaku, moga Allah pertemukan kita semula nanti di tempat kekal abadi.

Ya Rabb.. aku rindu bonda.. aku rindu  Lia...



"Kak okey?" teguran Sofea menghentikan lamunan kenangan bersama Alia
.
"Okeh jelah.. kenapa?". Sofea menyeka air mata di pipiku sambil mengemaskan lipatan tudungku..

"Sudahlah.. doa untuk mereka.. sampai masa inshaAllah kita boleh bersama di sana."

Senyum tawar, terasa hangat tangan Sofea mengengam erat jemariku..

"Kak.. aku suka tengok perubahan kau.. dari seorang yang bersolek tebalnya 10 inci .. sekarang hanya tinggal tudung ustazah yang labuhnya memenuhi piawai syariat pemakaian islam.. bedak pun hanya senipis kulit bawang dan secalit pelembab bibir bagi menaikkan seri di muka.. manis.. kau dah mula mencari cintaNYA .. apa kekuatanmu? "


Termenung... "Maha Suci Allah.. sebelum aku berkongsi rasa.. ingin ku tanya padamu Sofea menurutmu cinta itu apa? sayang pula? rindu? apa definasi nya sama?."

"hmm.. mencabarnya soalan.. sebentar.. " sambil membetulkan lilitan seledang labuhnya.. padaku cinta itu menuntut rasa suka dan sayang.. bersifat luas.. cinta pada Allah cinta pada Rasul sayang nya pada keluarga dan sahabat.. tanpa sayang dan cinta tiadalah rindu. betul tak? pengertianmu pula kak?"

Ku mengangguk tanda setuju.. senyum.. "benar sayang.. cinta itu luas sifatnya.. tapi rasa itu berbalik kepada yang Satu"

"yang Satu? maksud kak? "

"Cinta itu  Ar-Rahim.. Sofea tahu kenapa wanita di pilih Tuhan boleh mengandung dan melahirkan?

"Sebab wanita kan ada uterus, organ dan ruang di mana bayi boleh hidup dan membesar sehingga tiba saat bersalin, atau nama senangnya rahim la kan kak?"

"Yah.. pandai sayang akak ni.." Senyum.. "Sofea pernah terfikir mengapa seorang wanita bila disahkan mengandung mereka sangat teruja dan sangat menjaga kandungan mereka? Sedangkan mereka tidak tahu bagaimana rupa dan keadaan bayi itu."

"Sebab Allah mencampakkan rasa sayang dalam hatinya.?" Jelas Sofea dalam berteka-teki.

"Ahsanti saying!! kerana sifat itu adalah sifatNYA, bagaimana seorang pembunuh yang telah membunuh 100 orang tanpa belas kasihan boleh terdetik rasa ingin kembali pada fitrah PenciptaNYA dan dalam kesungguhannya mencari erti taubat, dia kembali pada Pemiliknya buat selamanya.. apa Tuhan terus menghukumnya? Tidak, kasih dan sayang Allah itu lebih luas daripada kemurkaanNYA. Syaitan juga tidak pernah berputus asa dalam membisikkan dorongan kemaksiatan dalam diri kita, jika kita berputus asa maka di mana darjat kita.? "

"....Janganlah kamu berputus asa daripada Rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"(QS Yusuf : 87)

"Begitulah sifat cinta, Maha Pengasih, seperti apa pun bentuk dan keadaan hambaNYA, Dia masih mencintai hamba-hambaNYA, lebih-lebih lagi mereka yang sering meminta dan mengharap dalam kesabaran. Rasa itu diberi kepada hati yang benar-benar mengharapkan kasih sayangNYA.  Jika sudah terbit sayang maka lahirlah rindu buat Sang Pencipta Cinta."

"Aku dahulunya jahil Sofea . Jika manusia sekarang mempersoalkan isu Islam hanya pada kartu pengenalan mereka, maka aku adalah sebahagian daripada mereka. Soal agama ku letakkan pada muka terakhir kamus hidupku.. Solat? ahh bukan perkara utama dalam hembusan nafasku.. apa tah lagi berhijab, asal bertudung sudah.. Jika dimengerti makna sebenarnya hijab maka kau akan malu sendiri.. hijab bukan sejenis tudung.. bukan juga jenama pakaian.. hijab bermaksud tutup.  Jadi makna berhijab itu sesuailah dengan keterangan Tuhan dalam surah An-Nur dan Al-Ahzab.

"... hendaklah mereka melabuhkan kain tudung sehingga ke paras dadanya dan jangalah menampakkan perhiasannya (auratnya) melainkan kepada suami dan mahramnya" (QS An-Nur : 31)

" Katakan (wahai nabi) kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri orang-orang mukmin, hendaklah mereka menutupkan jilbabnya (pakaiannya) ke seluruh tubuh mereka, yang demikian supaya mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu" (QS Al-Ahzan : 59)

"Kerana dua kalam Allah ini lah yang mengherat aku kepada apa yang jadi sekarang Sofea, aku terkesan melihat dua orang sahabat aku yang dahulu nya di bangku sekolah sangat "nakal" lalu berubah menjadi pendamba cinta Ilahi."

"Kau pernah bercinta kak?" soal Sofea membuka segala kisah silam yang terpendam.

"Naluri manusia biasa sayang, siapa yang tidak mahu dicintai dan disayangi. Pernah, aku pernah merasa menjadi manusia itu, seronok! benar.. tapi... kosong.. makin dikejar, makin menjauh.. makin diingat makin sakit.. entah tiada kebahagiaan .. tiada ketenangan dalam cinta yang dikatakan indah oleh cerita yang ditayang pada kaca televisyen dan helaian yang dicoretkan.

"Entahlah, tapi aku tidak pernah merasa apa erti bahagia, jika bahagia itu diukur dengan nilaian kenalan ajnabi, aku lah juara, namun jika diukur pada ketenangan hati akulah si malang di medan perang. Aku mencari sesuatu Sofea. Hati ku meronta-ronta, mencari "sesuatu", tetapi ego aku masih degil mahu juga mencari bahagia duniawi, saat tidak mampu bertahan, aku beralah, saat hati begitu pedih mengejar dan mengharap selainNYA, aku berserah, ku buka surat cintaNYA, meminta Dia berbicara kepadaku, selakkan ku terhenti pada surat cinta yang ke 13 ."

"... Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram" (QS Ar-Ra'du :28)

Astghfirullah Al-azim.. Maha Suci Allah,  sungguh aku telah jauh daripada titianNYA, kalam Tuhan ku tutup, ku peluk dan ku kucup, Allah, terima kasih, bantu aku dalam pendakian ini..

Jariku digenggam erat.. "kakk.." ku melihat titisan jernih mengalir dipipi Sofea.

"Laa baasa ukhti, laa tahzan, akak bersyukur sangat.. tanpa kejatuhan kita takkan belajar erti kebangkitan, tanpa kehilangan kita takkan belajar erti penghargaan. Apalah sangat ujian sekecil hama ini nak dibandingkan dengan kesengsaraan saudara-saudara kita di Palestine, Mesir, Syria, yang kehilangan ibu ayah, kehilangan tempat berteduh, tempat tidur, hilang anggota badan, tapi masih kuat masih tabah mengenggam kalimah tauhid kerana mereka begitu yakin dengan janjiNYA. cemburunya aku pada hamasah mereka! maluu Sofea, aku maluu.."

"Patutkah manusia menyangka bahwa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian) . Dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka Allah pasti mengetahui tentang orang yang benar beriman dan tentang orang-orang yang berdusta." (QS Al-Ankabuut : 2-3)

..."bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat asalkan kamu bersabar dan berpegah teguh kepada agama Allah." (QS Al-Baqarah : 214)

"Akak!!!!!!" tubuhku dipeluk erat Sofea.. terasa titisan jernihnya membasahi tudungku, SubhanaAllah jika Sofea pun, Sofea tidak mampu merungkai ujian Tuhan pada sisi sebegini." pelukkan Sofea dibalas dengan penuh cinta umpama seorang ibu pada bayinya.

"Kita sama sahaja Sofea, yang beza ketaqwaan dan keimanan kita, kerana itu kita diuji untuk mengukur tahap keimanan dan kecintaan kita padaNYA"

Allahuakhbar !!Allahuakhbar !!Allahuakhbar !!

Azan menandakan sudah masuk waktu asar, "Jom Sofea, tu panggilan cinta untuk kita semua dah berdering." sambil kami bersiap-siap mahu ke surau, tiba-tiba tangan ku ditarik, "Akak! nah." sepucuk kertas putih dilipat kemas berserta sampul diberikan Sofea kepadaku.

"Eh apa ni? duit raya ke? " Selorohku. "Eeeeee bukanlah." Pipiku dicuit si dia. "Nanti akak bacalah la ek! ok baiii nak kejar saff!"


Assalamualaikum akak bambam (pangilan manja tembam).. hehe jangan marah nanti tak comel, Sofea dah lama nak bagi ini, tapi belum ada masa sesuai.. harap-harap akak sudi terima dan baca *love..love.. love*

Abandoning something for the sake and pleasure of Allah ,

He will grant and compensate you ,
with something much better , or
with someone more lovely than ever ,
either sooner or later ,
in this world or Hereafter

but still , as human , need accompany , yet , only Allah understand the 'fitrah' and 'hikmah'

head up , wipe tears ! Allah always be there for you now and forever


"Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity, it will have [the consequence] of what [good] it has gained and it will bear [the consequence] of what [evil] its earned."
(Al-Baqarah : 286)

Sanah helwah akak! Selamat ulangtahun kelahiran!Semoga terus kuat dalam meniti pendakian puncak kasih sayang Allah wahai Gadis Kesayangan Ilahi! sayang akak for the sake of Allah abadan abada

Ikhlas daripada Cinta Hati awak! hiks! *love..love.. love*

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakhbar, terima kasih atas pinjaman ini Ya Allah, terima kasih memberi pengganti Lia untukku..

-Tamat-

Wednesday 26 February 2014

Sayangkah Allah Padaku

“Semua ahli keluarga boleh masuk.. kita akan tanggalkan alat bantuan pernafasan puan sebentar lagi”.  Kalimah yang paling aku takut mahu dengar dan kalau diberi pilihan aku tidak mahu ia wujud di bibir mana-mana manusia.

 TIADA HARAPAN

Kami sekeluarga di arahkan untuk masuk  dan melihat mak buat kali terakhir. Saat jururawat dan doktor menanggalkan alat itu terus kaku sebujur tubuh di atas katil. Ku lihat kakak-kakak ku rebah di sisi ayah begitu jua abang-abangku.

 REBAH TERGAMAM

Tanganku ditarik seseorang dibawa masuk ke dalam kereta terus membawa diriku pulang, aku masih membisu sehingga aku tidak sedar diri ku di bawa pulang oleh saudaraku, aku, kakak-kakak dan abang-abang terpisah saat ini. Aku tak sedar mereka di bawa pulang ke rumah oleh siapa. Ayah dan kakak yang sulung  terus kuat meneruskan urusan jenazah di hospital untuk di bawa pulang ke rumah.

YANG PAHIT DITELAN JUA

Aku masih tidak sedar mahupun mengerti  apa yang telah terjadi, saat melihat kawasan rumah dipenuhi sanak saudara dan jiran tetangga, aku kehairanan. Apa yang terjadi??  “Adik, mak dah tak ada” kata-kata seorang ibu, mak cik Ju jiran paling rapat dengan keluarga kami. Dipeluknya erat diriku.  Menitis, mengalir titisan jernih dipipiku, saat tu baru ku sedar. MAK SUDAH TIADA,  ya baru aku sedar. TIADA BUAT SELAMANYA

Al- Fatihah...
Mariam Hamzah
25 September 1948 – 21 April 2004



Kisah yang benar terjadi  dalam hidup saya, ketika itu saya masih bersekolah, ya seorang gadis yang masih bergantung kasih kepada ibunya, 14 tahun bersama melalui hari-hari dengan ketawa, gurau senda dan manja ibunya kini musnah dalam masa satu hari. Kini bagaimana gadis seusia itu mahu menerima janji Allah. Tidak cepat tidak juga lambat itulah janji Tuhan yang pasti..

RENCAH KEHIDUPAN

Setiap daripada kita mesti tak lari daripada dugaan bukan. Ya, tu memang  MAKANAN RUJI bagi setiap yang hidup,  dan setiap dugaan adalah berbeza.  Ada Allah uji dengan kesenangan,pangkat, darjat, harta, wanita, kesusahan,  kesedihan, kemiskinan, juga sebahagiaan daripada dugaan Allah.

MENGAPA.. MENGAPA.. MENGAPA

"Kenapa Allah uji aku?? aku tak kuat ", “ kenapa mesti aku? , “kenapa mesti begini?”  
Pertanyaan sebegitu sering kali bermain di sanubari. Ya kita sering  mempersoalkan Tuhan, mengapa Allah,  mengapa, apa hikmahnya sehingga kadang kala jika benteng keimanan kita ini rapuh persoalan itu boleh membawa kepada kemudharatan dan kerosakkan pada akidah dan diri.
"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (Al-Mulk : 2)
Jadi jelas tujuannya untuk mengira siapa yang benar dan tulus dalam amalannya.

BICARA ILAHI

Firman Allah.. "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya. Bila datangnya pertolongan Allah? ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat" ( QS Al-Baqarah : 214)
Bangkitlah jiwa yang diuji, Tuhanmu sedang berbicara denganmu, Allah sedang mengajar erti sabar dan ikhlas dalam dirimu dalam mencintaNYA. Kita dilahirkan dengan keturunan yang menganuti agama Islam, hampir setiap hari dalam solat kita melafazkan kalimah syahadah. Persoalannya apa kita benar-benar faham dan mengerti makna kalimah LA ILLAHA ILLALLAH.


TIADA TUHAN SELAIN ALLAH

Jika seorang anak sedang  asyik bermain gunting lalu ditegur dan dimarahi oleh ibunya kerana khuatir membahayakan anaknya, itu tanda sayang ibu kepada anaknya. Begitu jua dengan Allah, ujian adalah tarbiah (teguran) Allah pada hambaNYA bagi menyedarkan kita mungkin ada masa-masa kita lalai, alpa, sombong dan riak. Semata-mata kerana sayang, Allah sayangkan kita,  dan setiap ujian Allah pada kita adalah untuk meningkatan iman kita. Bagaimana setiap ujian itu bakal meningkatkan  iman?
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. ( QS Al-Ankabut : 2-3)
Setiap kali Allah beri kita ujian, Allah hendak lihat bagaimana usaha hambaNYA mengatasi ujian itu. Jika diberi kesenangan, adakah dia akan bersyukur, masih rendah diri, atau riak, sombong atau bongkak.  Jika diberi kesusahan pula, adakah dia akan masih lagi bersyukur, tetap redha, mencari dan mengharap pada Allah atau menyalahkan Allah, meyakiti diri atau adakah hambaNYA yang hina ini masih lagi mahu mengenggam kalimah LA ILLAHA ILLALLAH.

DARIPADA DUNIA MENUJU AKHIRAT

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)"( QS Al-Ankabut : 64)

Ingat... Yakin.. Janji Allah itu pasti, mati itu pasti, dunia adalah persinggahan sementara. Hakikat kita semua adalah ahli syurga, kerana asal Nabi Adam itu daripada syurga tercampak ke bumi kerana dosanya, lahirlah kita cucu cicitnya sekarang  yang berjuang mencari jalan pulang semula ke syurga. Jalannya tak susah, IKHLAS dan SABAR, tetapi untuk berada  dan berterusan di jalannya yang susah.

MATI

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (QS Al-Imran : 185)

Jadi fikir dan renungkan di mana letak diri kita, apabila ditimpa ujian apa tindakan kita. Ibaratnya kita ke sekolah, di sekolah kita diajar oleh guru, memahami semula melalui buku, dan bila sampai satu tempoh kefahaman kita akan dinilai atas apa yang  kita pelajari  dan keputusan kita menentukan kita untuk ke peringkat seterusnya dalam tahap pengajian kita. Begitu jua kehidupan kita, erti kehidupan kita pelajari daripada insan-insan berilmu, panduan hidup kita adalah daripada Al-Quran dan As-Sunnah dan hidup kita ini diuji oleh Allah untuk kita meningkatkan iman dalam menghadapi fasa kehidupan seterusnya. Keputusan lulus atau gagal akan terjawab semasa di akhirat nanti . Terbentang segala perlakuan jahat mahupun baik.  Akhirat kampung kita yang kekal dan abadi, ke mana langkah kita? SYURGA atau NERAKA.

Wallahua’alam.