“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan Taubat Nasuha (taubat yang semurni-murninya), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah At-Tahrim : 8 )
Bismillah... Assalamualaikum.. org ckp sudah tergandah baru nk mengalah.. mcm tulah kita manusia.. tanya pada diri kita sendiri.. hari ini je berapa kali kita memohon ampun pd Allah? Sabda Rasulullah "Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohonlah keampunanNYA, sesungguhnya aku telah bertaubat kepada Allah seratus kali sehari (Hadis Riwayat Muslim).
Manusia sering alpa, lupa dan lalai sehingga terperangkap dalam melakukan dosa, khilaf dan salah. Namun Allah Maha Pengampun dan Penyayang, sebesar mana pun kesalahan kita Dia tetap akan maafkan kita asal kita mahu kembali kepadaNYA. Taubat adalah satu usaha daripada melepaskan diri daripada dosa dan kembali kepada Allah dan sebaik-baiknya adalah taubat nasuha. Bagaimana hendak dapatkan taubat nasuha?
1) Besungguh-sungguh dalam meninggalkan dosa
2) Memohon ampun pada Allah
3) Perbaiki diri secara luar dan dalam (sikap dan ibadah)
4) Istiqamah dalam ibadah
Pernah tak kita rasa hidup kita susah, payah, apa kita buat tak kena, hati tak tenang. ya semua tu adalah kesan dosa. Dosa adalah sesuatu yang menghasilkan keresahan di hati. Apabila terlalu banyak keresahan di hati hidup mula terumbang ambing. Benar, apabila kita berhijrah kita akan merasakan keperitan kerana kita meninggalkan benda yang menjadi kebiasaan kita. Adakalanya sunyi, dihina, dipulau, tapi percaya lah, apabila hati kita betul-betul mahu redha Allah, Allah akan datangkan pelbagai bantuan kepada kita contohnya Allah hadirkan sahabat yang soleh datang nasihat dan bantu kita untuk berubah. “Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.”(Surah An-Nur : 46).
Bahagia itu terletak pada iman kita.
Iman pula letaknya di hati.
Bagaimana kita boleh hidup bahagia?
Sedangkan hati kita kotor dek dosa yang menodai.
Dengarkanlah sedikit lagu daripada Irsyadee dan Hafiz Hamidun - Taubat Seorang Hamba :')