Total Pageviews

Friday, 31 May 2013

Resepi Wanita Solehah

"Innalillahi wainnalillahi raajiun... kepada Allah kita datang kepada Dia kita kembali... "

Cerita berlaku di dalam sebuah bas, yang hendak menuju ke suatu tempat yang sangat jauh.. saat itu musim panas.. Salah seorang penumpang itu adalah seorang wanita yang sangat cantik, muda dan bergaya. Penampilannya yang anggun dan bergaya itu menarik perhatian penumpang-penumpang lain dalam bas. apabila wanita itu mula duduk di tempatnya, dia ditegur oleh seorang lelaki tua, dengan sopan berkata "wahai anak muda maafkan pakcik yang ingin menegur penampilan anak, pakcik rasa pakaian anak ini tidak sepatutnya dipakai kerana melanggar hukum agama dan mungkin akan mengakibatkan sesuatu yang tidak baik terjadi pada diri anak sendiri.."  wanita itu terkejut dan berasa amat marah lalu berkata dengan lantangnya "berpakaian adalah HAK SAYA dan pakcik telah menggangu keselesaan saya" pakcik tadi terdiam seketika kemudian wanita itu berteriak lagi "jika memang pakcik mahu, ambil pensel ini, tempah dan tuliskan untuk saya, tempatkan saya di NERAKA TUHAN anda" beristighfar pakcik dan sebahagian penumpang-penumpang dalam bas tersebut..

selepas beberapa jam, suasana kembali sepi, bas akhirnya sampai ke destinasi, terlihat seorang penumpang akan wanita muda tadi yang begitu lena dalam marahnya sebentar tadi.. "cik, bas sudah berhenti" panggilan itu tidak diendahkan, lalu dikejutkan lagi berulang kali namun reaksinya sama, tiada balas.. setelah diperiksa denyutan nadinya, ternyata wanita itu telah kembali kepada Allah ternyata dia meninggal dalam keadaan menentang Allah.. moga Allah merahmati rohnya inshaAllah ameen..

kisah sebentar tadi adalah situasi wanita islam yang tidak menjaga peribadinya yang sememangnya mulia di sisi agama itu sendiri, WANITA ITU AURAT, WANITA ITU FITNAH..

"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti ini, kerana ada pemandangan yang dasyat di dalamnya. Telah aku saksikan ahli neraka adalah kaum wanita" Rasulullah ditanya mengapa kaum wanita itu banyak dalam neraka? "Ini kerana wanita itu mengkufurkan suaminya, dan mengkufurkan ihsannya, jika engkau berbuat baik sebanyak mana pun, dia masih belum berpuas hati (riwayat Bukhari)

Maksudnya di sini, kita ketahui yang wanita golongan yang beremosi, mudah mengatakan sesuatu tanpa berfikir secara baiknya terlebih dahulu, tidak sabar dalam menghadapi sesuatu kesusahan dan kesakitan, contohnya dalam menguruskan rumah tangga, melayan suami, mendidik anak-anak dan sebagainya. akibat ketidaksabaran ini mungkin akan menimbulkan rasa ketidakpuasan hati dan merungut serta tidak bersyukur, jadi tanpa sedar, sikap yang ada dalam diri kita ini, menjadikan dan memungkinkan kita dalam golongan di atas.

"Apabila seorang wanita telah menunaikan solat lima waktu, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, memelihara diri dan kehormatannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah dia  ke dalam syurga dari mana-mana pintu syurga yang dikendakinya" (Riwayat Tabrani)

Jadi jelas dalam hadis di atas, mudah sahaja syarat kita wanita untuk masuk ke syurga.. ya mudah, namun kerana emosi yang bersangka buruk, merungut, dan berkata yang buruk dan bukan-bukan, menjauhkan kita daripada memasuki syurga illahi..

1) Menunaikan solat lima waktu.. Rasulullah pernah di tanya oleh Abdullah bin Mas'ud "wahai Rasulullah apakah amalan yang paling utama? baginda menjawab "solat pada waktunya" jadi istilah menunaikan solat ini bukanlah hanya berjaya melakukan solat lima waktu itu sahaja, tetapi turut menetapi waktu solat, iaitu solat pada waktu dan tidak melengahkannya dengan sengaja.

2) Mengerjakan puasa di bulan Ramadhan. berpuasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tetapi menahan nafsu. nafsu dari segi berkata bukan-bukan, bersangka buruk, dan sebagainya  "Apabila kamu berpuasa, pendengaranmu, penglihatanmu, lidahmu juga turut berpuasa daripada yang haram, jauhilah daripada perbuatan menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal, usah biarkan hari berpuasa dan tidak berpuasa adalah sama (Riwayat Bukhari)

3) Memelihara kehormatan diri . Kehormatan diri di sini adalah dari aspek aurat dan pergaulan, Bagaimana aurat itu boleh menjadi fitnah dalam pergaulan? Umum mengetahui bahawa menutup aurat itu wajib, seperti dalam firman Allah Surah Al-Ahzaab "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. " (33:59) . Juga dalam surah yang sama "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu  janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)" (33:32)

Namun menutup aurat luaran sahaja belum mencukupi syarat menutup aurat, seringkali kita lihat, wanita-wanita menjadi kes gangguan seksual lelaki, sedangkan mereka bertudung atau boleh kita katakan dia sudah menutup auratnya, namun, adakah dia telah benar menutup auratnya??? 

Berdasarkan surah An-Nuur "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya" (24:31)

Berdasarkan dua surah di atas, saya highlight kan beberapa perkara penting dalam menjaga kehormatan diri, aurat dan bagaimana ia boleh mengelakkan fitnah : 

1) Melabuhkan pakaian menutup keseluruhan tubuh badan semasa keluar rumah kecuali yang zahir iaitu muka dan tapak tangan.. selain daripada itu, ia di kira aurat

2) Berkata dengan kata-kata yang baik dan bukan dengan cara menggoda yang boleh menimbulkan syahwat dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan

3) Menyekat pandangan daripada memandang yang haram

4) Tidak memperlihatkan perhiasan dan aurat kecuali pada yang mahram. Mahram adalah yang haram untuk di nikahi selama-lamanya.

Point terakhir adalah mentaati suami, ini buat wanita-wanita yang telah bernikah, harus diingatkan, sesudah ijab kabul berlaku, tanggungjawab kalian telah berubah, jika dahulu, selepas mentaati perintah Allah dan Rasul, anda harus mentaati perintah ibu bapa, namun ia berubah dengan mengutamakan suami dahulu.

"Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.........." (4:34)

“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya adalah wanita yang solehah. Bila engkau memandangnya, ia menggembirakan (menyenangkan)mu. Bila engkau perintah, ia menaatimu. Dan bila engkau keluar meninggalkannya, ia menjaga dirinya (untukmu) dan menjaga hartamu.” (Riwayat Bukhari)

Jadi dengan menjaga solat, puasa, kehormatan diri dan mentaati suami, kita boleh pilih untuk masuk syurga melalui mana- mana pintu.. indahkan? nak atau tidak terletak dalam tangan kita. Semoga Allah mampu menjaga diri, hati dan iman kita, agar kita mampu menaikkan darjat kita daripada muslimah kepada mukminah dan solehah dunia akhirat.. ameen.. sekian perkongsiaan untuk manfaat bersama. :)
   
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)


Thursday, 4 April 2013

Hidayah Menanti Atau Mencari



 "Wahai anakku, berimanlah kamu kepada Allah SWT. Sesungguhnya Dia sahaja yang berhak disembah."



"Aku tidak akan menyembah Tuhanmu," jawab anaknya. 


"Wahai anakku, marilah naik kapal bersama-sama kami, janganlah kamu kufur dan mengingkari perintah Allah SWT lagi. Janganlah kamu mengikut orang-orang yang ingkar itu."



"Aku akan mendaki gunung yang tinggi itu sehingga aku terlepas daripada banjir besar ini," jawab anaknya.


"Sesungguhnya hari ini tidak ada seorang pun yang akan selamat kecuali yang mengikuti aku dan mereka yang dirahmati Allah SWT sahaja," 




Selepas kata-kata itu, maka lenyaplah si anak daripada pandangan si ayah kerana ditenggelami banjir.
Begitulah kata-kata Kan'an yang penuh bonggak dan sombong kepada ayahnya Nabi Nuh. Dia adalah salah seorang yang ditenggelamkan dalam banjir oleh Allah atas kekufuran dan menolak dakwah ayahnya. bertapa pilunya hati baginda saat itu sehingga baginda berdoa dan bertanya pada Allah "Ya Allah, bukankah Kan'an itu anak aku dan daripada keluarga aku sendiri," rintih Nabi Nuh. Baginda merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu daripada keluargaku sendiri dan bahawa janji-janji-Mu adalah benar dan Engkaulah sebijak-bijak hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya.



Firman Allah " Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu bukanlah daripada keluargamu (kerana dia telah memutuskan hubungan denganmu disebabkan kekufurannya), sesungguhnya amalannya bukanlah soleh, maka janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang engkau tidak tahu mengenainya. Sebenarnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu tidak termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan. (71: 46)



Jelas berdasarkan kisah di atas, baginda telah berusaha menyampaikan kebenaran tentang Islam, walau dakwah baginda ditolak bukan sahaja kaumnya, bahkan ahli keluarganya sendiri, orang yang sangat rapat dalam hidup baginda. Begitu juga dengan Nabi Muhammad SAW, dakwahnya pada bapa-bapa saudaranya disambut dingin, malah dicaci, dikeji dan dihina.. orang yang lahir daripada darah daging sendiri sanggup melakukan kezaliman  pada saudara  mereka sendiri hanya kerana mahu kebenaran tidak disebarkan. sangat pilu.. tetapi Allah Maha Mengetahui, segala sesuatu adalah milikNYA, termasuk HIDAYAH..



"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNYA dan Dia jualah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan) untuk mendapat hidayah petunjuk" (28:56)



Berdasarkan ayat di atas, saya menegaskan kepada 3 perkara :


1) Manusia tidak mempunyai daya memberi petunjuk (kebenaran) hidayah pada manusia lain walaupun mereka adalah orang-orang yang kita sayangi


2) Allah sahaja yang berkuasa memberi petunjuk (kebenaran) hidayah pada manusia yang Dia inginkan tidak kira rupa,umur, kaum dan sebagainya


3) Allah sahajalah yang Maha Mengetahui setiap hamba yang berusaha (terbuka hati) mencari hidayah Allah




Apa yang saya ingin katakan ya benar, hidayah milik Allah, Allah pemegang setiap hati, namun kita disuruh berusaha, berusaha mencapai apa yang kita mahu. Kita boleh beri seribu alasan di dunia ini, "ah, nanti sudah tua aku berubahlah taubat, muda-muda mahu enjoy" "ah nanti-nantilah solat ngaji, belum nak mati pun kan sihat ni, dan tua sakit nanti buatlah" persoalannya, yakin kah ESOK MASIH ADA.. duduk dan renung, andai hari ini saat ini, apa yang anda lakukan sekarang adalah yang terakhir dalam hidup anda... bagaimana??


"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan" (21:35)



Setiap kata-kata Allah adalah benar, apabila Dia mengatakan setiap bernyawa pasti mati, ia akan mati, lalu bekalan apa yang kita bawa untuk melalui frasa selepas dunia iaitu alam barzakh (kubur) alam penantian sebelum hari kebangkitan (kiamat) dan hari perhitungan (akhirat)



Berusaha mencari hidayah Allah tidak susah, ramai yang mempersoalkan bagaimana mahu mencari sedang hati belum terbuka. hati belum terbuka adalah kerana sisa-sisa dosa semalam, umpama besi yg tidak digunakan,dibiarkan tidak disimpan, dijaga atau diubahsuai penggunaannya, lama-lama ia akan jadi rosak, buruk karat kerana berpanas dan berhujan. begitu juga hati manusia. Jika badan memerlukan nasi sebagai tenaga untuk bergerak, hati juga memerlukan tenaga untuk sentiasa bergerak melakukan kebaikan dan mencintai apa yang Allah cintai.. makanannya mudah sahaja, amal kebaikan. segala amal-amal kebaikan adalah penjana penggerak hati untuk terus melakukan kebaikan yang lain, asal ia dilakukan kerana Allah bukan untuk mendapat penghargaan manusia.


  

..."Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNYA itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNYA." (13:11)




Jadi mulai hari ini bersihkanlah hati daripada dosa semalam, daripada berburuk sangka, khianat, dengki, kerana  hati yang bersih mudah menerima tarbiyyah illahi..(dengan izinNYA) dan sentiasalah berbaik sangka pada Allah, tidak Allah tetapkan sesuatu dengan sia-sia.. semuanya bersebab dan pengakhirannya adalah sesuatu kebaikan.



"Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya." (93:4)



"Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. "(93:5)



"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya"(93:11)




Jalan berusaha tidak sesusah jalan untuk beristiqamah, dan saat inilah akan berlaku pelbagai ujian Allah buat hambaNYA, kerana nikmat syurga Allah itu luar biasa, jadi jalannya haruslah berliku, namun jangan khuatir duhai hati, Allah sentiasa bersama kita, dan jangan sesekali merasakan diri itu jahat, dan tidak layak ke syurga, kerana syurga neraka itu juga milik Allah, siapa yang berada dalamnya semua dibawah pengetahuan Allah, bukan manusia. namun jangan pula merasakan diri terlalu mulia untuk masuk ke syurga Allah, kerana kebongkakan itu sekelip mata Allah boleh hapuskan amal kebaikan kita. tugas kita untuk berusaha melakukan kebaikan sehingga akhir nyawa, dan berdoa agar allah memberi rahmatNYA untuk kita masuk ke syurgaNYA.



"Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (12:87)



Semoga pintu hidayah sentiasa terbuka luas buat kita dan Allah tidak menariknya semula.. inshaAllah ameen Allahumma ameen..  wallahualam~


Saturday, 16 February 2013

Love Story In Bangi

Bismillah... assalamualaikumm.. tajuk gempak tak? ala-ala cerita korea, Love Story In Havard gituw.. hehe.. maaflah, tertangguh untuk next entry, penyakit malaih asik ziarah.. ziarah bawa buah tangan plak tu, tidoq.. hahaa.. #mengarut-ngarut.. ok back to the topic.. Love Story.. pergh! dgr tajuk da geli, rilek jap.. aku nk cerita lain, bukan cinta-cinta monyet, ayam, kucing dan persatuan geli-geli cinta sedunia.. #peace

Cinta semua orang pernah rasa, sapa tak pernah rasa macam mana jatuh cinta? tipuuuu... budak kecik pun pandai dok cinta-cinta laa ni haihh.. Cinta itu adalah satu gift daripada Allah sebenarnya.. seperti sabda Rasulullah "Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari & Muslim). so based on this hadith, definisi cinta dan kasih sayang ini luas sebenarnya, tidaklah hanya pada lelaki dan perempuan dan couple. Sesama kawan sejenis kita, kita sayang, takkan kita nk couple plak dengan dia kan.. 

so let's think outside of the box.. tapi kadang tu aku sedih, ada sesetengah orang salah gunakan word cinta tu, main-mainkan perasaan dan hati seseorang.. bak kata matlufi "ang kata ang takmau kt dia, ang suruh dia cari lelaki lain, tapi ang panggil dia baby" aku pun terfikir betul gak, asal korg senang sangat nk bersayang-sayang berbaby-baby , cuba angpa fikir perasaan pasangan halal angpa esok kalau depa taw, gila tak sedih.. haihh.. lepas tu aku terus teringat ada satu cerita yang baru meletopp gituw, cerita pasal sesorang suami yang marah sampai menghina, benci kerana kesalahan masa silam isteri dia kerana hubungan cinta isterinya dahulu sebelum nikah. hubungan sehingga mengandung anak luar nikah. wajiblah marah, tapi lepaih tu, dapat taw, rupa-rupanya, si suami ni pun pernah terlanjur dulu before nikah, sampai ada anak gak.. so bila tengok, korg tak rasa Allah tu Maha adil ka? angpa tak rasa betul tak Allah pernah kata "perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. " (24:26).  

Percayalah setiap janji Allah itu pasti, dan benar.. tapi tak dinafikan ada juga Allah beri si suami yang jahil, isteri yang solehah dan sebaliknya, contoh kisah Firaun dan Asiah, Asiah seorang isteri yang solehah,. begitu juga kisah Nabi Nuh dan isterinya, bagaimana isterinya menentang ajaran Nabi Nuh dan enggan ikut baginda menyelamatkan diri daripada malapetaka Allah masa itu. . Semua itu ada hikmah tersendiri yang terbaik Allah kurniakan untuk kita menjadi lebih baik sebenarnya. teringat satu kata-kata best"Belajar, fahami & terimalah ketidak sempurnaan pasangan kita sebagai satu 'kesempurnaan' dalam berumahtangga. Kekurangan, kelemahan dan kesalahan sesungguhnya membuka peluang untuk redha, sabar dan memaafkan. Si dia adalah 'alat' Allah untuk mendidik kita! ". tetapi kata-kata tu untuk yang dah nikah kan, its ok, bagi yang tak nikah nak buat mcm mana? senang.. jaga ikhtilat angpa.. 

ikhtilat tu adalah pergaulan lelaki dan perempuan. aku tak nafikan zaman dunia hujung jari ni memang senang kita nak berkenalan.. memang dituntut kan dalam Islam untuk berkenal-kenalan.. tapi aku tak dapat nafikan keburukannya, kurang batasan pergaulan antara lelaki perempuan. tapi kita boleh je kawal benda-benda tu, cuma kekuatan hati kita melawan kehendak nafsu tu yang tak berapa kuat, tapi percayalah, kalau niat korg nak berubah kerana Allah, Allah akan bantu sebab Dia kata " Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."(28:56). 



so cinta itu tak salah sebenarnya.. cuma cara kita memandu cinta kita itu yang menjadi ukuran.. kalau betul sesorang itu cinta kan kita dia akan jaga kita, bawa ia ke jalan syurga, syurga Allah ye, bukan syurga dunia.. yakinlah memang susah, tapi percayalah cinta dan ikhtilat yang dijaga sebelum nikah for the sake of Allah adalah cinta yang mahal sebenarnya.. biar manusia cakap 'weyh kono ang, cinta tak leh couple, da cinta couple lah, pegang2 rilek ah' hmm jawapan korg boleh kasi "weyh, aku rasa Nabi Muhammad pun pernah bercinta dulu, tapi takdak nk couple-couple pegang-pegang" kalau depa bising "tu nabi, ang tu manusia, manusia tak sempurna" korg jawab " pasai aku tak sempurnalah, aku taknak terus buat dosa-dosa lagi weyh, kalau kita kumpul duit sepoloh sen, hari-hari boleh jadi kaya taw, samalah dengan dosa tu, Nabi Muhammad tu pesuruh Allah, kalau aku tak ikut dia aku nak ikut sapa? " 

fuhh panjang gilaa aku cerita kan, kesimpulannya aku nak cakap, cinta itu indah, serius, tapi lebih indah kalau korg boleh bawa ia ke jalan menuju redha Allah, percayalah hubungan yang tiada redha Allah memang takkan berjaya.. *aku pernah alami* (bocor rahsia) haha.. kuncinya sekarang adalah sabar dan doa, soal hati ni Allah yang pegang, kalau korg rasa calon korg yang terbaik, korg doalah banyak, do the right thing, hormat mak bapak depaa.. soalan last aku nak kasi kt lelaki (ada ka laki  baca blog aku) huu.. kalau adik perempuan korg dok berkepit 24jam ngn bf depaa, apa korg rasa?? yg perempuan plak, fikirlah, kalau dia sayang, dia takkan sentuh korg weyh,  sebab dia hormat korg, mak bapak korg, paling penting dia tahu benda tu salah pada Allah..  

so aku tinggalkan satu kata-kata untuk renungan korg 

Allah puts people in your life for a reason, and removes them from your life for a better reason

Missing someone. Wanting someone. Hoping for something to change. Something to happen. Waiting. Wondering. It's all part of life and love 

Letting go doesn't mean giving up, it means accepting that some things weren't meant to be

At the end of the day, things happened that way for a reason ..