Cinta semua orang pernah rasa, sapa tak pernah rasa macam mana jatuh cinta? tipuuuu... budak kecik pun pandai dok cinta-cinta laa ni haihh.. Cinta itu adalah satu gift daripada Allah sebenarnya.. seperti sabda Rasulullah "Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari & Muslim). so based on this hadith, definisi cinta dan kasih sayang ini luas sebenarnya, tidaklah hanya pada lelaki dan perempuan dan couple. Sesama kawan sejenis kita, kita sayang, takkan kita nk couple plak dengan dia kan..
so let's think outside of the box.. tapi kadang tu aku sedih, ada sesetengah orang salah gunakan word cinta tu, main-mainkan perasaan dan hati seseorang.. bak kata matlufi "ang kata ang takmau kt dia, ang suruh dia cari lelaki lain, tapi ang panggil dia baby" aku pun terfikir betul gak, asal korg senang sangat nk bersayang-sayang berbaby-baby , cuba angpa fikir perasaan pasangan halal angpa esok kalau depa taw, gila tak sedih.. haihh.. lepas tu aku terus teringat ada satu cerita yang baru meletopp gituw, cerita pasal sesorang suami yang marah sampai menghina, benci kerana kesalahan masa silam isteri dia kerana hubungan cinta isterinya dahulu sebelum nikah. hubungan sehingga mengandung anak luar nikah. wajiblah marah, tapi lepaih tu, dapat taw, rupa-rupanya, si suami ni pun pernah terlanjur dulu before nikah, sampai ada anak gak.. so bila tengok, korg tak rasa Allah tu Maha adil ka? angpa tak rasa betul tak Allah pernah kata "perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. " (24:26).
Percayalah setiap janji Allah itu pasti, dan benar.. tapi tak dinafikan ada juga Allah beri si suami yang jahil, isteri yang solehah dan sebaliknya, contoh kisah Firaun dan Asiah, Asiah seorang isteri yang solehah,. begitu juga kisah Nabi Nuh dan isterinya, bagaimana isterinya menentang ajaran Nabi Nuh dan enggan ikut baginda menyelamatkan diri daripada malapetaka Allah masa itu. . Semua itu ada hikmah tersendiri yang terbaik Allah kurniakan untuk kita menjadi lebih baik sebenarnya. teringat satu kata-kata best"Belajar, fahami & terimalah ketidak sempurnaan pasangan kita sebagai satu 'kesempurnaan' dalam berumahtangga. Kekurangan, kelemahan dan kesalahan sesungguhnya membuka peluang untuk redha, sabar dan memaafkan. Si dia adalah 'alat' Allah untuk mendidik kita! ". tetapi kata-kata tu untuk yang dah nikah kan, its ok, bagi yang tak nikah nak buat mcm mana? senang.. jaga ikhtilat angpa..
ikhtilat tu adalah pergaulan lelaki dan perempuan. aku tak nafikan zaman dunia hujung jari ni memang senang kita nak berkenalan.. memang dituntut kan dalam Islam untuk berkenal-kenalan.. tapi aku tak dapat nafikan keburukannya, kurang batasan pergaulan antara lelaki perempuan. tapi kita boleh je kawal benda-benda tu, cuma kekuatan hati kita melawan kehendak nafsu tu yang tak berapa kuat, tapi percayalah, kalau niat korg nak berubah kerana Allah, Allah akan bantu sebab Dia kata " Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."(28:56).
so cinta itu tak salah sebenarnya.. cuma cara kita memandu cinta kita itu yang menjadi ukuran.. kalau betul sesorang itu cinta kan kita dia akan jaga kita, bawa ia ke jalan syurga, syurga Allah ye, bukan syurga dunia.. yakinlah memang susah, tapi percayalah cinta dan ikhtilat yang dijaga sebelum nikah for the sake of Allah adalah cinta yang mahal sebenarnya.. biar manusia cakap 'weyh kono ang, cinta tak leh couple, da cinta couple lah, pegang2 rilek ah' hmm jawapan korg boleh kasi "weyh, aku rasa Nabi Muhammad pun pernah bercinta dulu, tapi takdak nk couple-couple pegang-pegang" kalau depa bising "tu nabi, ang tu manusia, manusia tak sempurna" korg jawab " pasai aku tak sempurnalah, aku taknak terus buat dosa-dosa lagi weyh, kalau kita kumpul duit sepoloh sen, hari-hari boleh jadi kaya taw, samalah dengan dosa tu, Nabi Muhammad tu pesuruh Allah, kalau aku tak ikut dia aku nak ikut sapa? "
fuhh panjang gilaa aku cerita kan, kesimpulannya aku nak cakap, cinta itu indah, serius, tapi lebih indah kalau korg boleh bawa ia ke jalan menuju redha Allah, percayalah hubungan yang tiada redha Allah memang takkan berjaya.. *aku pernah alami* (bocor rahsia) haha.. kuncinya sekarang adalah sabar dan doa, soal hati ni Allah yang pegang, kalau korg rasa calon korg yang terbaik, korg doalah banyak, do the right thing, hormat mak bapak depaa.. soalan last aku nak kasi kt lelaki (ada ka laki baca blog aku) huu.. kalau adik perempuan korg dok berkepit 24jam ngn bf depaa, apa korg rasa?? yg perempuan plak, fikirlah, kalau dia sayang, dia takkan sentuh korg weyh, sebab dia hormat korg, mak bapak korg, paling penting dia tahu benda tu salah pada Allah..
so aku tinggalkan satu kata-kata untuk renungan korg
Allah puts people in your life for a reason, and removes them from your life for a better reason
Missing someone. Wanting someone. Hoping for something to change. Something to happen. Waiting. Wondering. It's all part of life and love
Letting go doesn't mean giving up, it means accepting that some things weren't meant to be
At the end of the day, things happened that way for a reason ..
No comments:
Post a Comment